Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-cara Mohon Bantuan RM3000 – Borang Permohonan

Cara Mohon Bantuan RM3,000 Seorang. Tahukah anda, MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ada buka permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0.

Melalui bantuan modal perniagaan daripada baitulmal ini, anda boleh mohon untuk dapatkan bantuan sebanyak RM3,000 untuk penerima yang layak.

Bantuan Musaadah Tijariyyah

Bantuan zakat perniagaan ini dilaksanakan di bawah MAIWP bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak & juga PKP.

Bantuan ini khas diperuntukkan kepada peniaga kecil atau penjaja yang kehilangan/ kekurang sumber pendapatan.

Kadar Bantuan : RM3,000

Syarat Kelayakan

Syarat & kriteria kelayakan untuk permohonan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini adalah seperti berikut :

  1. Mestilah warganegara Malaysia.
  2. Perlu menetap/ mastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Tertakluk kepada Had Kifayah.
  4. Bukan penerima bantuan MAIWP & Musaadah Tijariyyah 1.0 dalam tempoh 2 tahun.

Perniagaan Yang Dibenarkan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda mempunyai dan sedangan menjalankan perniagaan seperti berikut :

  • Perniagaan makanan & minuman,
  • Barangan kering seperti produk kecantikkan, baju, kasut dll,
  • Perkhidmatan seperti gunting rambut, wirering, urut dll,
  • Produk yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Cara Permohonan Bantuan RM3,000

Untuk permohonan ini, pemohonan perlu isi borang permohonan yang boleh diambil secara atas talian/ manual.

Borang Permohonan Musaadah Tijariyyah (Sini)

Sediakan juga dokumen-dokumen seperti berikut :

  • Salinan IC pemohon & pasangan;
  • Salinan SSM yang masih aktif;
  • Penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon & pasangan;
  • Salinan Cukai Pintu/ Bil Utiliti;
  • Salinan penyata akaun bank individu.

Hantarkan borang ke Pusat Agihan Zakat (PAZA) ayau cawangan MAIWP yang berdekatan.

Permohonan dibuka sehingga 18 November 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai zakat bantuan ini anda boleh hubungi di talian berikut :

+6019 224 2752

Atau klik MAIWP di sini untuk maklumat penuh.

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Bantuan RM3000 – Download Borang Permohonan” sahaja. my6tv.com tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish